Pages

Sunday, 3 January 2016



CADANGAN dan PENDAPAT

Cadangan dan pendapat dari pihak sendiri, tak semestinya betul, dan tak semestinya salah.

Cadangan dan pendapat orang lain, tak semestinya salah, dan tak semestinya betul.

Dalam hal yang berkaitan,berbincang dan meraikan pendapat yang sepatutnya kita lakukan. Tapi yang biasa kita lakukan,tak perlu jauh sangat, aku sendiri pun selalu lakukan perkara yang sama, "selalu rasa pendapat diri sendiri betul dan pendapat orang lain salah."

Dan semestinya ramai yang tak suka cadangan dia ditemplak tanpa sebelum di cadangkan, ataupun di tolak bulat-bulat seminit selepas di cadangkan.

Dan kadang-kadang dalam situasi ini, aku lebih suka berdiam, dengar je pendapat orang lain, dan dengar arahan yang dah di putuskan. Mungkin tahun lepas aku bukan insan yang terbaik dalam memberikan cadangan,dalam mendengar pendapat, dan secara tidak langsung menyakitkan hati orang yang bekerja sama dengan aku, jadi tahun nie aku cuba rangka cadangan dalam diam, dengar je pendapat orang lain, kalau di perlukan baru aku cadangkan.

Maaf untuk kalian yang pernah bekerjasama dengan aku sebelum ini.
Maaf untuk kalian yang akan bekerjasama dengan aku akan datang.

No comments:

Post a Comment